Friday, August 30, 2013

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku

Seperti biasa, setiap tahun pada tarikh keramat 31 Ogos pastinya ada sambutan hari di mana Malaysia dimerdekakan dari segala belenggu jajahan pihak luar. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana saya masih lagi berasa aman sepanjang hidup di bumi Malaysia ini. Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 56 ini, saya berharap kita semua dapat mengingati sejarah dan menghargai pengorbanan mereka yang terdahulu dalam memerdekakan negara kita. Akhir kata, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku!!


Salam Kemerdekaan,

Thursday, August 29, 2013

DenganMu Aku Hidup

DenganMu aku hidup
DenganMu aku mati
Hanyalah padaMu
Hidupkan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidupkan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang Mengampuni
Engkau yang Memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul Malikul KuddususSalam
Allahul Mukmin Allahul Muhaimin
Allahul Azizul Jabbarrul Mutaqabbir



Sedap lirik ni. Harus dihayati, Insyaallah. Bila nyanyi lagu ni, terasa bait2 lirik ini dengan satu rasa yang betapa Allah itulah yang teragung. Inilah kuasa lirik dan lagu jika disalurkan pada yang lebih bermanfaat. Itulah pentingnya pembelajaran Muzik Apresiasi. Muzik bukan menghayalkan. Tetapi Manusia yang menghayalkan diri dengan menggunakan Muzik.
Love that song,

Marhaban Al-Imtiyaz Sampai Lebam!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, kali ini saya dapat join sekali lagi marhaban Sekolah Agama Al-Imtiyaz. Seperti biasa 3 malam berturut-turut dari hari Isnin, 26 Aug 2013 bersamaan 19 Syawal 1434 Hijrah sehingga Rabu, 28 Aug 2013 bersamaan 21 Syawal 1434 Hijrah. 

1st Day of Marhaban


Di rumah pertama. Pengerusi BKS : Tn. Haji Kasehan.

Di rumah kedua. Pergh, satay memang sodap!!

With Mrs.Zulkifli. Jiran Tn.Haji Kasehan

Di rumah ketiga.
2nd Day of Marhaban 

Di rumah pertama. En.   , AJK BKS.

Di rumah kedua. En. Affandi , AJK BKS.

Di rumah ketiga, En. Kamal, AJK BKS.

En. Kamal and Aliya (his daughter)

Kenapa Ustazah Sakila? Saya tinggi sangat ke?
Mak Nab lak kenapa tu? Gelang jatuh ke?

3rd Day of Marhaban



Testing power!!

Kunjungan pertama, Makcik Kantin punya restoran.

Rumah kedua : Pn Hjh Faridah, ex-AJK BKS

Rumah Ketiga : Ustaz Firdaus

Rumah Keempat : En. Zaharuddin, AJK BKS

Rumah kelima : En. Lois Mahnedey, Naib Pengerusi BKS

Disediakan oleh,


Wednesday, August 28, 2013

Penerimaan Program Pengajian Siswazah

Alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya pada 29 Aug 2013. Saya sudah dapat jawapannya. Alhamdulillah sekali lagi kerana saya telah diterima masuk ke dalam program pengajian siswazah. Sebenarnya berita hebahan ni dah disiarkan lama. Tapi saya tak update hal ni. Maklumlah, busy beraya. hehe!! Ni pun, kawan saya yang roger2 hal ni. 18 Sept 2013 ni Insyaallah bermulalah pembelajaran Ijazah Sarjana saya. I hope everythings will be fine and going smoothly. Aaamiin.

Congratulation to me!!

Offer Letter for Master

Doing Matrix Card for Master

With Grateful Feeling,

Saturday, August 17, 2013

Sakitnya, aku yang rasa

Sunyi, 
Mungkin perkara biasa 
buat orang tak pernah mengalaminya. 
Hidup dalam keputus asaan.
Gelap sentiasa menjadi teman. 
Tiada yang bisa memahami. 
Tiada juga yang bisa mengubati. 
Harapan yang menjadi kekuatan.
 Harapan juga yang menghancurkan hati. 
Remuk redam hati ini bagai tiada penghujungnya. 
Cinta jangan datang lagi..
Kalau hanya untuk melukai. 
Lebih ramai pendusta dari si ikhlas. 
Mugkin juga kepercayaan itu,
harus dimaujudkan. 
Sakitnya hati, 
hanya aku yang rasa. 
Mudah dikata, Payah dirasa..



Sincere,

Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri 1434 Hijrah

Lebaran kali ini disambut dengan sederhana skali. Sebab terlalu busy kemas rumah. Bayangkan malam pengumuman raya tu, kami adik beradik masih lagi dok menggosok mozek. Nak tanggalkan simen yang melekat kat mozek.. Basuh rumah.. Masak untuk raya pula, start pukul 4 pagi macam tu.. Seperti biasa, bila tiba pagi 1 Syawal, masing2 akan lepaskan dendam kepenatan huhu..tidur habis.. Tak hengat..sebab tu la majlis salam menyalam ni dibuat selepas solat maghrib. Tapi lebaran kali ini, ada tambahan bakal ahli keluarga.. iaitu tunang adik aku.. aku bile? Insyaallah, akan tiba masanya.

xoxo,