Wednesday, May 29, 2013

Breakfast yuk!!

Di pagi rabu yang indah ini dan bersempena hari jadi adik saya, Muhammad Amirulhakim b Hashim.. saya telah merajinkan diri untuk membuat 1 sarapan yang saya rasa cukup mengenyangkan dan ala2 western gitu! haha..sebenarnya ala2 McD jerr.. Sarapan ni penting sebenarnya. Bagi saya, sarapan ni macam appetizer kehidupan kerana Insyaallah dapat memberikan kita tenaga secukupnya untuk memulakan hari yang indah..Jadi, Sarapan yuk!!  ;)


Report by :

Tuesday, May 28, 2013

Ikan Bawal Masak Stim

Tak pernah membuat entri berkaitan makanan. So, today..diri ini terpanggil untuk share apa yang saya masak hari ini. Actually, banyak masakan lain, Tapi, hari ni..saya ada kerajinan so saya share. Merujuk kepada title entry sy ni, untuk lunch hari ini. saya masak ikan bawal masak stim which is kebanyakan org menggunakan ikan siakap. Tapi sebab xde ikan siakap, ikan bawal je ada kat fridge. hehe..



Bahan Masakan :

  • 3 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 2 sb sos tomato
  • 4 biji limau kasturi/ 2 biji limau nipis
  • 1 sb tepung jagung
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Lobak merah ( saya buat bentuk bunga )
  • 1 batang saderi dipotong sederhana halus.
  • Sedikit daun sup
Ditumbuk :
  • 3 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah 
  • 4 cm halia
  • 5 batang cili padi

Cara Memasak :
  1. Baca ''Bismillahi awaluhu waakhiruhu''.
  2. Panaskan air di dalam pengukus. Saya guna kuali je. Letak air dengan besi jaring2 dan tutup dengan penutup kuali. Sementara itu,
  3. Tumbuk semua bahan yang telah senaraikan untuk ditumbuk.
  4. Kemudian campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam air asam jawa (tapis dulu air asam jawa. Jangan ada biji-biji asam jawa tu.)
  5. Selepas itu, perahkan limau kasturi/limau nipis. Letak garam secukupnya dan letak sekali dengan lobak merah, daun sup, batang saderi yang telah dipotong.
  6. Setelah itu, letakkan sos tiram dan sesudu tepung jagung (untuk melikatkan kuah).
  7. Selesai semua bahan, letakkan ikan bawal yang dikehendaki ke dalam loyang/tempat kukus dan tuang kesemua bahan-bahan yang anda sudah gaulkan tadi.
  8. Stimkan sehinggalah ikan-ikan tersebut masak. Jangan over cooked yer ;)
  9. Hidangkan lauk tersebut pada pinggan/dulang yang sewajarnya.
  10. Baca ''Alhamdulillah''.
Selamat Menjamu Selera semua. It's simple, i knew everybody can do it! ''La haula wal kuwata illa billah''.

Now, everybody can cook!!,

Saturday, May 25, 2013

Jiwa yang sakit, mungkin?

Bertemankan segelas air kopi o dan 1 convenient sachet munchy's cracker sandwich. Aku terfikir untuk menaip 1 entri. Merujuk kepada tajuk di atas, aku merasakan bahawa kadangkala jiwa aku ni sakit. Mungkin :) i'm not sure what i suppose to feel just now. Bila imbas kembali kehidupan lalu, membuatkan jiwa aku sangat sakit. Apa itu jiwa yang sakit? ini bukanlah masalah mental yang perlu ditangani dengan menghantar diri anda ke hospital sakit jiwa. Tetapi, jiwa yang sakit adalah disebabkan dosa dan kenangan lampau yang melampaui batasan norma kehidupan diri anda sendiri. Ya, seperti aku. Mungkin kekecewaan yang terlalu banyak aku harus tanggung membuatkan jiwa aku jadi begini. Hipotesis yang mungkin sesuai ketika ini adalah '' semakin kesakitan jiwa ini menekan diri, semakin lagi aku cuba melarikan diri''. Aku cuba escape dari orang yang pernah sakiti aku, aku cuba dekatkan diri kepada Allah dalam masa yang sama. Tapi  jiwa aku masih lagi tak tenteram. Tambahan dengan keadaan aku di rumah yang penuh dengan tanggungjawab sebagai anak dan kakak. Membuatkan aku jadi tak keruan. Emosi aku pun jadi tak menentu. Bila aku marah, astaghfirullah..aku sendiri takut dengan diri aku sendiri. Seolah-olah aku hilang pertimbangan. Tiada perasaan belas kasihan pada waktu itu. Aku cuba menjadi anak yang solehah, aku cuba menjadi hamba yang soleh. Tapi, aku rasa aku gagal. Itu yang aku rasa. I have no friend since i finish up my 1st degree. Ada juga kawan yang aku baik. Adalah seorang.. Time belajar dulu, classmates pun selalu tak senang dengan aku. Tak tahulah kenapa. Tapi apa yang pasti, time diorang tak tahu, susah..diorang pasti datang. After that, they flew away from me. Aku tak kesah pun tak de kawan. I'm happy and it is a gift. Cuma sekarang ni, aku nak fokus kepada cita-cita aku. Biaq pi la depa semuoa.. yang penting aku ada family yang selalu support aku and Allah who always be with me. Semoga aku senantiasa diberi ketenangan. Aaamiin.

Gambar Hiasan , Haha.
Si Gundah Gulana,

Tuesday, May 21, 2013

Koc Wanita Sahaja

Setelah mengharungi detik yang mencemaskan pada sebelah petang, saya naik train..balik rumah adik saya. Sempat jugaklah bertolak tepat pukul 9.05 malam. Kali ni dah pandai. Thanks to makcik india tu kerana mengajar saya hala tuju ke stesen putra. Sememangnya koc wanita membuatkan saya rasa secure. Alhamdulillah, setakat ini saya merasakan perkhidmatan seperti ini sememangnya wajar. Tapi, ada juga passenger lain yang tak faham apa itu koc wanita sahaja. Tapi saya rasa lagi selamat jika ada pegawai atau polis bantuan yang mengawal dalam train. Just cadangan je. Apa pun, untuk rasa lagi selamat, believe in Allah dan bacalah doa menaiki kenderaan yer ;) ''subhanallazi sakhorolana haza wama kunnalahu muqrinina wainna ila robbina lamungkolibun, aaamiin''.

Wanita sahaja, mudah fahamkan?

Start w Tg.Malim, Change at Rawang and End it at Putra

My Ghost, hihi

Secure, Pure, and Comfort 

Yang menaiki Koc Wanita,

A Day of Scholar

Hari yang mendebarkan telah tiba. Hari di mana saya perlu meyakinkan interviewer untuk memberi wang dan menaja pembiayaan 2nd Degree. Fuhh.. dan saya juga telah memilih untuk memakai baju dan tudung pilihan mummy saya untuk temuduga tersebut. Thanks to my parents sebab sentiasa menyokong saya dan memberi semangat dalam mengejar cita dan impian saya. Thanks juga buat kawan saya, eventho their younger than me : nana and cha. Mereka sentiasa memberi tempat berteduh buat saya (ayat skema giler.haha). Semoga Allah memberkati kalian semua. Dan terima kasih juga buat Kak Zuraini (Assistant Administrative Officer for study leave unit), dia sangat ramah. 

Actually, temuduga tu. Taklah ssesuah mana. Saya siap menghafal kabinet 2013, yang baru tu. Haish.. tunggu la dekat sejam. Masuk bilik BC 2-7. Antara  interviewer adalah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI, Prof Dr. Omar bin Abull Kareem, Dr. Clare ( Timbalan Dekan, FMSP ) and En.Faizi ( i guess..) . Mereka explain pada saya, apa itu skim penajaan pelajar-pelajar cemerlang and bagitau terms. After that, Dr.Clare ask me to explain about my proposal. Yang agak tragic sikitla, saya perlu menangguhkan posting. Kerana saya perlu menghabiskan master saya selama 3 semester sahaja. Mereka juga tidak menawarkan pekerjaan. But i'll take it as a challenge!! Jyeah! May Allah bless me. Aaamiin.

Baju untuk interview, mom choice's

Dibeli pada 19 May 2013 khas untuk interview, haha. simple + elegant, right?

Candidaters,

Wednesday, May 15, 2013

UPSI Scholarship's : They Called Me!!

Pada suatu pagi, 15 Mei 2013 ( Hari Guru lagi, barakah buat saya), saya telah menerima panggilan telefon dari Bahagian Sumber Manusia, UPSI regarding on Scholarship UPSI ( Skim Penajaan Pelajar Cemerlang ). Alhamdulillah, saya dipanggil untuk temuduga biasiswa tersebut. Dalam kegembiraan, ada juga kesedihan kerana kawan saya, Fatimah Hashim tak dapat. So, mcm uneasy feeling la bila kita senang, kawan kite susah. The Interview will be on 21 May 2013. May Allah bless me. Hope i can achieve my dream smoothly. Aaamiin..



Sincerely,

Saturday, May 11, 2013

Selamat Datang Rejab !!

Marilah kita bersama-sama, saling ingat mengingati. Kerana ada di antara saudara seislam kita tidak sedar atau tidak teringat bahawa sabtu ini kita sudah masuk ke bulan Rejab. Tingkatkan amalan, tingkatkan kekuatan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan menjelma.


Salam Rejab,

Thursday, May 9, 2013

My Obsesion, Aqasha.

Love the lyrics. It is so romantic and sexy for husband and wife. Hurmm..dah la minat kat Aqasha (bukan Uqasha taw). Kepada bakal suami saya, lagu ini bisa membuatkan saya melting! haha.. So, nyanyikanlah buat saya.. *sesuai buat pasangan yang DAH mendirikan rumahtangga yer. Buat yang tgh bercintan cintun, xsesuai langsung :D



Obsesiku By Aqasha

Matamu,
Bibirmu,
Pipimu dan juga.. 
Senyum mu..

Membuat Aku, Lebur..
Hanyut Di Dalam Ghairah 
Kernamu..

TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua 
Aku Mahu..

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu,
Luahkan Perasaanku,
Dan Membisikan Aku Cinta Kamu,
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu,
Dengan Harapan,
Agar Kau Tahu,
Semoga Kau Tahu,
Ku GilakanMu..

Aura Mu..
Memujuk Rayu Hatiku,
Sering Bergoncang Jiwa Ini,
Siang Malam Ku Gundah,
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu

TubuhMu..
Harum Mu..
Hati Mu..
Oh Semua Aku Mahu..

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu,
Luahkan Perasaanku,
Dan Membisikan Aku Cinta Kamu,
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu,
Dengan Harapan,
Agar Kau Tahu,
Semoga Kau Tahu,
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu,
Luahkan Perasaanku,
Dan Membisikan Aku Cinta Kamu,
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu,
Dengan Harapan,
Agar Kau Tahu,
Semoga Kau Tahu,
Ku GilakanMu..
Ku GilakanMu..
Ku GilakanMu..

Kau Obsesiku..

Sunday, May 5, 2013

PRU13

Alhamdulillah, Pilihan Raya Kecil ke 13 kali ini, saya berpeluang menjadi pengundi FOR THE FIRST TIME. I'm happy pergi mengundi kerana ditemani ayah, mama dan adik perempuan saya iaitu Nurnisa 'Adilah binti Hashim. (Owner The Mekar tu..). Macam-macam pengalaman saya dapat rasakan. Bagi yang belum lagi berpeluang untuk pergi mengundi, nanti anda akan rasa apa yang saya rasa. Masa nak pangkah tu, rasa macam nervous. Sebab, orang yang anda pangkah itu adalah orang yang anda akan beri mandat. Sebenarnya mengundi ni banyak dipraktikan dalam mana-mana institusi. Bermula ketika sekolah rendah. Kita diminta mengundi yang mana satu sesuai untuk dijadikan ketua kelas kita. Sehinggalah anda dewasa seperti saya. Mengundi itu sebenarnya sesuatu yang sukar. Suasana Pilihan Raya Umum membuatkan anda berasa mengundi itu adalah sesuatu yang serious. Banyak juga pengalaman yang kelakar dari ahli politik dalam meraih undi. It is fun actually! Tapi perlu diingatkan, janganlah kita terlalu fanatik dengan politik. Banyak kawan-kawan saya, hidup mereka seperti berlandaskan parti politik yang mereka sokong. Hidup kita, Allah yang punya. Bukan siapa-siapa punya. Allah memberikan akal fikiran yang sempurna untuk manusia berfikir. Segala tindakan kita, jangan disertakan emosi. Kerana, kita tidak akan dapat berfikir secara waras jika melibatkan emosi dan unsur-unsur yang lain. Anyway! Chill! :) Keputusan juga telah dikeluarkan dan Barisan Nasional masih lagi diberikan mandat oleh rakyat Malaysia. 

Line Up : Berpeluh keti aku.

On my right is my sis

Behind me is mummy. and behind mummy is ayah :D
Saluran 5

After Memangkah

Subhanallah, cantiknya awan kat belakang saya

Calitan dakwat mengikut usia?Mungkin.

Kenangan PRU13. *flag PKR n DAP, xde kat sini.
Pemangkah,

Thursday, May 2, 2013

Wahai Lelaki Tak Guna

Actually, the lyrics of this song are similar with my love story. So, memang lelaki itu tak guna. Girls, PLEASE open up ur eyes. Think wisely. Avoid and BEWARE from this kind of man. I love when Yuna saying Latin Language. Overall, the music are very nice. But, stil can't figure out what Latin lyrics that Yuna saying.


Lelaki by Yuna

Kau fikir kau siapa?
Cinta ini kau buang saja,
Ku tak perlukan memori,
Dan kau tak perlu kembali.

Kau fikir ku apa? 
Siang malam engkau yang punya, 
Kau datang dan kau pergi, 
Kau buat aku begini.

owh lelaki,tak guna, ku berikan semua

Banggakah dirimu?
Kekasihmu sahabatku, 
Rupanya selama ini, 
Dia menaruh hati. 

Kadangkala aku terfikir, 

Kua berikan janji yang sama, 
Dan kau katakan padaku,
10 tahun yang lalu.

owh lelaki, tak guna ku berikan semua


( Latin Lyrics )


Ini rupanya kau balas kembali,

Semua yang ku beri,
Tak pernah mencukupi.

Kau bukan lagi yang aku kenali,

Perempuan sepertiku tak ingin bersamamu,
Dahulu kau bukannya begini,
Kau hancurkan hati.

Ku yakin dahulu

Kau bukan, Kau bukan, Kau bukan

owh lelaki, tak guna ku berikan semua

owh lelaki, tak guna kuberikan semua

Lelaki, Lelaki..

Tak guna, Tak guna, Tak guna..

Potrait Semester Akhir


Ini yang agak epik.

With Kak Tina on UPSI Patriotic Parade

Practicing Color Guard





My First Degree

Alhamdulillah..syukurku panjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya. Saya : Nurhanis Zahidah binti Hashim telah menamatkan pengajian pada 19 Februari 2013 dan layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik Dengan Kepujian Kelas Pertama. Tidak sejentik pun hati ini untuk merasakan megah. Namun, semua ini membuatkan saya bertambah bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan kepadaku. Dapat jualah saya menggembirakan hati kedua ibu bapaku dengan kejayaan ini. 


Surat Tamat Belajar

Longgokkan Sijil Dekan for 4years

On Right : Me ; On Left : Fatimah (My BFF)