Bertemankan segelas air kopi o dan 1 convenient sachet munchy's cracker sandwich. Aku terfikir untuk menaip 1 entri. Merujuk kepada tajuk di atas, aku merasakan bahawa kadangkala jiwa aku ni sakit. Mungkin :) i'm not sure what i suppose to feel just now. Bila imbas kembali kehidupan lalu, membuatkan jiwa aku sangat sakit. Apa itu jiwa yang sakit? ini bukanlah masalah mental yang perlu ditangani dengan menghantar diri anda ke hospital sakit jiwa. Tetapi, jiwa yang sakit adalah disebabkan dosa dan kenangan lampau yang melampaui batasan norma kehidupan diri anda sendiri. Ya, seperti aku. Mungkin kekecewaan yang terlalu banyak aku harus tanggung membuatkan jiwa aku jadi begini. Hipotesis yang mungkin sesuai ketika ini adalah '' semakin kesakitan jiwa ini menekan diri, semakin lagi aku cuba melarikan diri''. Aku cuba escape dari orang yang pernah sakiti aku, aku cuba dekatkan diri kepada Allah dalam masa yang sama. Tapi jiwa aku masih lagi tak tenteram. Tambahan dengan keadaan aku di rumah yang penuh dengan tanggungjawab sebagai anak dan kakak. Membuatkan aku jadi tak keruan. Emosi aku pun jadi tak menentu. Bila aku marah, astaghfirullah..aku sendiri takut dengan diri aku sendiri. Seolah-olah aku hilang pertimbangan. Tiada perasaan belas kasihan pada waktu itu. Aku cuba menjadi anak yang solehah, aku cuba menjadi hamba yang soleh. Tapi, aku rasa aku gagal. Itu yang aku rasa. I have no friend since i finish up my 1st degree. Ada juga kawan yang aku baik. Adalah seorang.. Time belajar dulu, classmates pun selalu tak senang dengan aku. Tak tahulah kenapa. Tapi apa yang pasti, time diorang tak tahu, susah..diorang pasti datang. After that, they flew away from me. Aku tak kesah pun tak de kawan. I'm happy and it is a gift. Cuma sekarang ni, aku nak fokus kepada cita-cita aku. Biaq pi la depa semuoa.. yang penting aku ada family yang selalu support aku and Allah who always be with me. Semoga aku senantiasa diberi ketenangan. Aaamiin.
Gambar Hiasan , Haha. |
No comments:
Post a Comment