Tuesday, May 28, 2013

Ikan Bawal Masak Stim

Tak pernah membuat entri berkaitan makanan. So, today..diri ini terpanggil untuk share apa yang saya masak hari ini. Actually, banyak masakan lain, Tapi, hari ni..saya ada kerajinan so saya share. Merujuk kepada title entry sy ni, untuk lunch hari ini. saya masak ikan bawal masak stim which is kebanyakan org menggunakan ikan siakap. Tapi sebab xde ikan siakap, ikan bawal je ada kat fridge. hehe..



Bahan Masakan :

  • 3 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 2 sb sos tomato
  • 4 biji limau kasturi/ 2 biji limau nipis
  • 1 sb tepung jagung
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Lobak merah ( saya buat bentuk bunga )
  • 1 batang saderi dipotong sederhana halus.
  • Sedikit daun sup
Ditumbuk :
  • 3 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah 
  • 4 cm halia
  • 5 batang cili padi

Cara Memasak :
  1. Baca ''Bismillahi awaluhu waakhiruhu''.
  2. Panaskan air di dalam pengukus. Saya guna kuali je. Letak air dengan besi jaring2 dan tutup dengan penutup kuali. Sementara itu,
  3. Tumbuk semua bahan yang telah senaraikan untuk ditumbuk.
  4. Kemudian campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam air asam jawa (tapis dulu air asam jawa. Jangan ada biji-biji asam jawa tu.)
  5. Selepas itu, perahkan limau kasturi/limau nipis. Letak garam secukupnya dan letak sekali dengan lobak merah, daun sup, batang saderi yang telah dipotong.
  6. Setelah itu, letakkan sos tiram dan sesudu tepung jagung (untuk melikatkan kuah).
  7. Selesai semua bahan, letakkan ikan bawal yang dikehendaki ke dalam loyang/tempat kukus dan tuang kesemua bahan-bahan yang anda sudah gaulkan tadi.
  8. Stimkan sehinggalah ikan-ikan tersebut masak. Jangan over cooked yer ;)
  9. Hidangkan lauk tersebut pada pinggan/dulang yang sewajarnya.
  10. Baca ''Alhamdulillah''.
Selamat Menjamu Selera semua. It's simple, i knew everybody can do it! ''La haula wal kuwata illa billah''.

Now, everybody can cook!!,

Saturday, May 25, 2013

Jiwa yang sakit, mungkin?

Bertemankan segelas air kopi o dan 1 convenient sachet munchy's cracker sandwich. Aku terfikir untuk menaip 1 entri. Merujuk kepada tajuk di atas, aku merasakan bahawa kadangkala jiwa aku ni sakit. Mungkin :) i'm not sure what i suppose to feel just now. Bila imbas kembali kehidupan lalu, membuatkan jiwa aku sangat sakit. Apa itu jiwa yang sakit? ini bukanlah masalah mental yang perlu ditangani dengan menghantar diri anda ke hospital sakit jiwa. Tetapi, jiwa yang sakit adalah disebabkan dosa dan kenangan lampau yang melampaui batasan norma kehidupan diri anda sendiri. Ya, seperti aku. Mungkin kekecewaan yang terlalu banyak aku harus tanggung membuatkan jiwa aku jadi begini. Hipotesis yang mungkin sesuai ketika ini adalah '' semakin kesakitan jiwa ini menekan diri, semakin lagi aku cuba melarikan diri''. Aku cuba escape dari orang yang pernah sakiti aku, aku cuba dekatkan diri kepada Allah dalam masa yang sama. Tapi  jiwa aku masih lagi tak tenteram. Tambahan dengan keadaan aku di rumah yang penuh dengan tanggungjawab sebagai anak dan kakak. Membuatkan aku jadi tak keruan. Emosi aku pun jadi tak menentu. Bila aku marah, astaghfirullah..aku sendiri takut dengan diri aku sendiri. Seolah-olah aku hilang pertimbangan. Tiada perasaan belas kasihan pada waktu itu. Aku cuba menjadi anak yang solehah, aku cuba menjadi hamba yang soleh. Tapi, aku rasa aku gagal. Itu yang aku rasa. I have no friend since i finish up my 1st degree. Ada juga kawan yang aku baik. Adalah seorang.. Time belajar dulu, classmates pun selalu tak senang dengan aku. Tak tahulah kenapa. Tapi apa yang pasti, time diorang tak tahu, susah..diorang pasti datang. After that, they flew away from me. Aku tak kesah pun tak de kawan. I'm happy and it is a gift. Cuma sekarang ni, aku nak fokus kepada cita-cita aku. Biaq pi la depa semuoa.. yang penting aku ada family yang selalu support aku and Allah who always be with me. Semoga aku senantiasa diberi ketenangan. Aaamiin.

Gambar Hiasan , Haha.
Si Gundah Gulana,

Tuesday, May 21, 2013

Koc Wanita Sahaja

Setelah mengharungi detik yang mencemaskan pada sebelah petang, saya naik train..balik rumah adik saya. Sempat jugaklah bertolak tepat pukul 9.05 malam. Kali ni dah pandai. Thanks to makcik india tu kerana mengajar saya hala tuju ke stesen putra. Sememangnya koc wanita membuatkan saya rasa secure. Alhamdulillah, setakat ini saya merasakan perkhidmatan seperti ini sememangnya wajar. Tapi, ada juga passenger lain yang tak faham apa itu koc wanita sahaja. Tapi saya rasa lagi selamat jika ada pegawai atau polis bantuan yang mengawal dalam train. Just cadangan je. Apa pun, untuk rasa lagi selamat, believe in Allah dan bacalah doa menaiki kenderaan yer ;) ''subhanallazi sakhorolana haza wama kunnalahu muqrinina wainna ila robbina lamungkolibun, aaamiin''.

Wanita sahaja, mudah fahamkan?

Start w Tg.Malim, Change at Rawang and End it at Putra

My Ghost, hihi

Secure, Pure, and Comfort 

Yang menaiki Koc Wanita,

A Day of Scholar

Hari yang mendebarkan telah tiba. Hari di mana saya perlu meyakinkan interviewer untuk memberi wang dan menaja pembiayaan 2nd Degree. Fuhh.. dan saya juga telah memilih untuk memakai baju dan tudung pilihan mummy saya untuk temuduga tersebut. Thanks to my parents sebab sentiasa menyokong saya dan memberi semangat dalam mengejar cita dan impian saya. Thanks juga buat kawan saya, eventho their younger than me : nana and cha. Mereka sentiasa memberi tempat berteduh buat saya (ayat skema giler.haha). Semoga Allah memberkati kalian semua. Dan terima kasih juga buat Kak Zuraini (Assistant Administrative Officer for study leave unit), dia sangat ramah. 

Actually, temuduga tu. Taklah ssesuah mana. Saya siap menghafal kabinet 2013, yang baru tu. Haish.. tunggu la dekat sejam. Masuk bilik BC 2-7. Antara  interviewer adalah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI, Prof Dr. Omar bin Abull Kareem, Dr. Clare ( Timbalan Dekan, FMSP ) and En.Faizi ( i guess..) . Mereka explain pada saya, apa itu skim penajaan pelajar-pelajar cemerlang and bagitau terms. After that, Dr.Clare ask me to explain about my proposal. Yang agak tragic sikitla, saya perlu menangguhkan posting. Kerana saya perlu menghabiskan master saya selama 3 semester sahaja. Mereka juga tidak menawarkan pekerjaan. But i'll take it as a challenge!! Jyeah! May Allah bless me. Aaamiin.

Baju untuk interview, mom choice's

Dibeli pada 19 May 2013 khas untuk interview, haha. simple + elegant, right?

Candidaters,

Wednesday, May 15, 2013

UPSI Scholarship's : They Called Me!!

Pada suatu pagi, 15 Mei 2013 ( Hari Guru lagi, barakah buat saya), saya telah menerima panggilan telefon dari Bahagian Sumber Manusia, UPSI regarding on Scholarship UPSI ( Skim Penajaan Pelajar Cemerlang ). Alhamdulillah, saya dipanggil untuk temuduga biasiswa tersebut. Dalam kegembiraan, ada juga kesedihan kerana kawan saya, Fatimah Hashim tak dapat. So, mcm uneasy feeling la bila kita senang, kawan kite susah. The Interview will be on 21 May 2013. May Allah bless me. Hope i can achieve my dream smoothly. Aaamiin..



Sincerely,

Saturday, May 11, 2013

Selamat Datang Rejab !!

Marilah kita bersama-sama, saling ingat mengingati. Kerana ada di antara saudara seislam kita tidak sedar atau tidak teringat bahawa sabtu ini kita sudah masuk ke bulan Rejab. Tingkatkan amalan, tingkatkan kekuatan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan menjelma.


Salam Rejab,

Thursday, May 9, 2013

My Obsesion, Aqasha.

Love the lyrics. It is so romantic and sexy for husband and wife. Hurmm..dah la minat kat Aqasha (bukan Uqasha taw). Kepada bakal suami saya, lagu ini bisa membuatkan saya melting! haha.. So, nyanyikanlah buat saya.. *sesuai buat pasangan yang DAH mendirikan rumahtangga yer. Buat yang tgh bercintan cintun, xsesuai langsung :D



Obsesiku By Aqasha

Matamu,
Bibirmu,
Pipimu dan juga.. 
Senyum mu..

Membuat Aku, Lebur..
Hanyut Di Dalam Ghairah 
Kernamu..

TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua 
Aku Mahu..

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu,
Luahkan Perasaanku,
Dan Membisikan Aku Cinta Kamu,
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu,
Dengan Harapan,
Agar Kau Tahu,
Semoga Kau Tahu,
Ku GilakanMu..

Aura Mu..
Memujuk Rayu Hatiku,
Sering Bergoncang Jiwa Ini,
Siang Malam Ku Gundah,
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu

TubuhMu..
Harum Mu..
Hati Mu..
Oh Semua Aku Mahu..

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu,
Luahkan Perasaanku,
Dan Membisikan Aku Cinta Kamu,
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu,
Dengan Harapan,
Agar Kau Tahu,
Semoga Kau Tahu,
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu,
Luahkan Perasaanku,
Dan Membisikan Aku Cinta Kamu,
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu,
Dengan Harapan,
Agar Kau Tahu,
Semoga Kau Tahu,
Ku GilakanMu..
Ku GilakanMu..
Ku GilakanMu..

Kau Obsesiku..