Friday, June 21, 2013

Brad Pitt Secret's Love

Harap, bakal suami saya boleh berfikir dan buat sebagaimana Brad Pitt buat terhadap Angelina Jolie..
My wife got sick. She was constantly nervous because of problems at work, personal life, her failures and problems with children. She has lost 30 pounds and weighted about 90 pounds in her 35 years. She got very skinny, was constantly crying.

She was not happy woman. She had suffered from continuing headaches, heart pain and jammed nerves in her back and ribs. She did not sleep well, falling asleep only in the morning; got tired very quickly during the day. Our relationship was on the verge of break up.

Her beauty was leaving her somewhere, she had bags under her eyes, she was poking her head, and stopped take care of herself. She refused shoot the films and rejected any role. I lost hope and thought that we’ll get divorced soon…
But then I decided to act.

After all I’ve got the most beautiful woman on the earth. She is the ideal of more than half of men and women on earth, and I was the one allowed to fall asleep next to her and to hug her shoulders.

I began to pepper her with flowers, kisses and compliments. I surprised her and pleased every minute. I gave her lots of gifts and lived just for her. I spoke in public only about her. I incorporated all themes in her direction. I praised her in front of her own and our mutual friends.
You won’t believe, but she has blossomed. She became even better than before. She gained weight, was no longer nervous and she loved me even more than ever. I had no clue that she CAN love that much.

And then I realized one thing: a woman is the reflection of her man.

If you love her to the point of madness, she will become it. ~ Brad Pitt

Wednesday, June 19, 2013

Oh, Haze !!

Sekitar jam 6.30 petang di kejiranan rumah saya. Kelihatan kabus sahaja. Dalam memperkatakan tentang salah siapa jerebu dan cara tangani, saya melihat dari sudut yang berbeza. Saya melihat betapa agungnya Allah S.W.T dalam penciptaannya. Betapa telitinya ciptaannya terhadap benda yang tiada tulang atau kayu pengukuh contohnya angin dan jerebu. Tapi masih bisa datang dan bergerak. Allahu!! Subhanallah!! Allahuakbar!!

Catatan dari,

Oh,My PavLova !!

Disebabkan sifat curious yang amat tinggi dan membuak2 dan disertai dengan adrenalin yang tidak stabil. Saya buat Pavlova. Haha.. It makes me calm. Memang betul la, Cooking, Baking is one of my therapy. Cik, Cik, Cikidout!! I siap bawakan mama bekal Pavlova lagi hari ni.. hehe.. Rasa cemerlang..


Made by,

Tuesday, June 4, 2013

Puff Bread with Meat & Cheese

Makanan ni inspired daripada Cellina (Masterchef Selebriti 2). Just amik cara dia memasak je, die punye filling tu semua saya buat sendiri dan nama makanan ni pula idea daripada mummy saya, Pn. Hjh. Nur Milah binti Sairi. Saya rasa berpuas hati sangat dengan penyediaan makanan ni sebab ni la antara master piece saya yang bagi saya cantik, perfect dari segi texrure and rasa. Sangat mudah menyiapkannya tapi memerlukan ketekunan dan ketelitian (=


Made by,    

Wednesday, May 29, 2013

Breakfast yuk!!

Di pagi rabu yang indah ini dan bersempena hari jadi adik saya, Muhammad Amirulhakim b Hashim.. saya telah merajinkan diri untuk membuat 1 sarapan yang saya rasa cukup mengenyangkan dan ala2 western gitu! haha..sebenarnya ala2 McD jerr.. Sarapan ni penting sebenarnya. Bagi saya, sarapan ni macam appetizer kehidupan kerana Insyaallah dapat memberikan kita tenaga secukupnya untuk memulakan hari yang indah..Jadi, Sarapan yuk!!  ;)


Report by :

Tuesday, May 28, 2013

Ikan Bawal Masak Stim

Tak pernah membuat entri berkaitan makanan. So, today..diri ini terpanggil untuk share apa yang saya masak hari ini. Actually, banyak masakan lain, Tapi, hari ni..saya ada kerajinan so saya share. Merujuk kepada title entry sy ni, untuk lunch hari ini. saya masak ikan bawal masak stim which is kebanyakan org menggunakan ikan siakap. Tapi sebab xde ikan siakap, ikan bawal je ada kat fridge. hehe..



Bahan Masakan :

  • 3 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 2 sb sos tomato
  • 4 biji limau kasturi/ 2 biji limau nipis
  • 1 sb tepung jagung
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Lobak merah ( saya buat bentuk bunga )
  • 1 batang saderi dipotong sederhana halus.
  • Sedikit daun sup
Ditumbuk :
  • 3 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah 
  • 4 cm halia
  • 5 batang cili padi

Cara Memasak :
  1. Baca ''Bismillahi awaluhu waakhiruhu''.
  2. Panaskan air di dalam pengukus. Saya guna kuali je. Letak air dengan besi jaring2 dan tutup dengan penutup kuali. Sementara itu,
  3. Tumbuk semua bahan yang telah senaraikan untuk ditumbuk.
  4. Kemudian campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam air asam jawa (tapis dulu air asam jawa. Jangan ada biji-biji asam jawa tu.)
  5. Selepas itu, perahkan limau kasturi/limau nipis. Letak garam secukupnya dan letak sekali dengan lobak merah, daun sup, batang saderi yang telah dipotong.
  6. Setelah itu, letakkan sos tiram dan sesudu tepung jagung (untuk melikatkan kuah).
  7. Selesai semua bahan, letakkan ikan bawal yang dikehendaki ke dalam loyang/tempat kukus dan tuang kesemua bahan-bahan yang anda sudah gaulkan tadi.
  8. Stimkan sehinggalah ikan-ikan tersebut masak. Jangan over cooked yer ;)
  9. Hidangkan lauk tersebut pada pinggan/dulang yang sewajarnya.
  10. Baca ''Alhamdulillah''.
Selamat Menjamu Selera semua. It's simple, i knew everybody can do it! ''La haula wal kuwata illa billah''.

Now, everybody can cook!!,

Saturday, May 25, 2013

Jiwa yang sakit, mungkin?

Bertemankan segelas air kopi o dan 1 convenient sachet munchy's cracker sandwich. Aku terfikir untuk menaip 1 entri. Merujuk kepada tajuk di atas, aku merasakan bahawa kadangkala jiwa aku ni sakit. Mungkin :) i'm not sure what i suppose to feel just now. Bila imbas kembali kehidupan lalu, membuatkan jiwa aku sangat sakit. Apa itu jiwa yang sakit? ini bukanlah masalah mental yang perlu ditangani dengan menghantar diri anda ke hospital sakit jiwa. Tetapi, jiwa yang sakit adalah disebabkan dosa dan kenangan lampau yang melampaui batasan norma kehidupan diri anda sendiri. Ya, seperti aku. Mungkin kekecewaan yang terlalu banyak aku harus tanggung membuatkan jiwa aku jadi begini. Hipotesis yang mungkin sesuai ketika ini adalah '' semakin kesakitan jiwa ini menekan diri, semakin lagi aku cuba melarikan diri''. Aku cuba escape dari orang yang pernah sakiti aku, aku cuba dekatkan diri kepada Allah dalam masa yang sama. Tapi  jiwa aku masih lagi tak tenteram. Tambahan dengan keadaan aku di rumah yang penuh dengan tanggungjawab sebagai anak dan kakak. Membuatkan aku jadi tak keruan. Emosi aku pun jadi tak menentu. Bila aku marah, astaghfirullah..aku sendiri takut dengan diri aku sendiri. Seolah-olah aku hilang pertimbangan. Tiada perasaan belas kasihan pada waktu itu. Aku cuba menjadi anak yang solehah, aku cuba menjadi hamba yang soleh. Tapi, aku rasa aku gagal. Itu yang aku rasa. I have no friend since i finish up my 1st degree. Ada juga kawan yang aku baik. Adalah seorang.. Time belajar dulu, classmates pun selalu tak senang dengan aku. Tak tahulah kenapa. Tapi apa yang pasti, time diorang tak tahu, susah..diorang pasti datang. After that, they flew away from me. Aku tak kesah pun tak de kawan. I'm happy and it is a gift. Cuma sekarang ni, aku nak fokus kepada cita-cita aku. Biaq pi la depa semuoa.. yang penting aku ada family yang selalu support aku and Allah who always be with me. Semoga aku senantiasa diberi ketenangan. Aaamiin.

Gambar Hiasan , Haha.
Si Gundah Gulana,